Thursday, October 23, 2014

Ke mana masa itu?

Bismillah. Assalamualaikum wbt.

Sekarang berada di fasa di mana masa rasa seperti kilat lajunya. Tanpa aku sedar, tiba tiba dah hilang. Rasa macam baru semalam weekend, tiba tiba dah nak jumpa weekend balik? Ada dua kemungkinan yang aku boleh rumuskan. Satu, sama ada masa masa yang berlalu digunakan dengan sangat produktif sehingga tidak sedar pun kehilangannya. Atau dua, masa masa yang berlalu itu tidak diberkati sehingga rasa tidak cukup masa untuk buat macam macam perkara. Kadang-kadang, rasa macam dah buat banyak benda tapi bila reflect balik, apa saja yang aku dah buat sebenarnya? Macam, nothing. Entah entah, mungkin aku sebenarnya masih lost. Maksud aku, maybe aku masih tak jelas ke mana aku nak bawa diri aku ni or apa yang aku nak capai at the end of time? Terlalu sering diri sendiri lupa akan tujuan akhir even pong pang pong pang ingatkan orang lain. Sebab tu, masih boleh fikir "okay now, apa aku nak buat", padahal sepatutnya aku dah ada plan yang berjela dalam otak. Masa yang ada terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan "kerja" yang kita ada. And by kerja dekat sini aku tak maksudkan study, assignments semata. Tapi "kerja" utama kita -untuk menebarkan cinta di bumi :) Semoga Allah terus terusan beri kita kekuatan dan petunjuk untuk sentiasa berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita dunia akhirat dan beri yang terbaik buat kita dalam apa sahaja perkara. Dan semoga diri kita sendiri tidak lupa untuk berusaha sehabis baik merancang masa sebaik mungkin. And last but not least, semoga Allah redha :) Assalam.